Thursday, March 26, 2015

Bila Aku Kaya

Assalammualaikum, 

Bila Aku Kaya ??

In Sha Allah kalau ada rezeki. Hehe

Perasan tak kalau kita senang ramai yang 'sudi' berkawan dengan kita. Tapi tak semua orang macam ni. Sebab orang yang macam ni selalunya tak pentingkan Persahabatan. Apa yang penting bagi mereka ??

Apa lagi kalau bukan kesenangan. 

Kalau tengah susah orang nak tolong pun tak ramai . Sebab apa ? Lu Fikirlah Sendiri...

Jangan heran bila orang yang dulu
susah boleh jadi kaya
sebab usaha yang tak pernah putus.

Hati yang sungguh kental
sesetenggah cakap
Tahan Sentap kononya.....

Jadi kalau awak tak kaya jangan risau bila tiada teman
disamping awak, Sebab ALLAH sentiasa ada dengan kita.

Wednesday, March 25, 2015

Jaga Hati @ Makan Hati

Assalamualaikum,


Dah beradab berkurun tak update kat blog ni. Dah lupa pun cara nak menaip. 
Mungkin terlalu sibuk sampaikan tidak kesempatan untuk berceloteh di alam maya ini.

Jaga Hati @ Makan Hati ??
Apakah itu ?

Lumrah berkawan mesti ada isu ini. Kalau dekat hati tu ada ranking
world wide confim besar isu ni boleh tranding !
Tak percayaa ?

Tipu kalau dalam berkawan ni semuanya indah. Alangkan lidah sendiri
pun tergigit ni kan pula lidah orang lain. Haha
Mesti lagi senang nak gigit.

Kalau kita jenis yang suka jaga hati orang
jangan kita mudah untuk mengharap orang akan jaga hati kita juga.
Sebab apa ?? Sebab ada jenis orang yang tak faham bahasa.
So sebab tu lah, bila ada jaga hati ... Makan hati akan turut menyusul.


Tuesday, October 7, 2014

Logistics

Assalamualaikum ,


Im backk uolls .
Sekarang syukur Alhamdulillah sudah rasmi menjadi Student BIL di MITEC.

APA ITU BIL ?

  • Baiklah BIL tu senang cerita macam nama timangan untuk 
                BACHELOR OF INDUSTRIAL LOGISTIS 

LOGISTICS ?
  • Pasti ramai yang ingat Logistics ini 'Kerja Bawa Lori' atau pun 'Kerja dekat Logi'

           Sebenarnya Logistics atau lebih mesra kami gelarkan sebagai IL ini merupakan Logistik secara ringkas adalah penyimpanan barang, persedian barangan, penghantaran barangan dan pergerakan barang. 
           
      Secara ringkas bagaimana yang dikatakan sebagai Logistics

Rasanya cukup sampai disini dahulu apa yang boleh dikongsikan. In sha Allah ada masa ketemu lagi kita. 


Tuesday, December 10, 2013

Setelah sekian lama


Assalamualaikum . . .

Akhirnya setelah sekian lama blog ni diabaikan . . .
Dapat juga diselamatkan dengan entry baru ini .

Pertama sekali, syukur Alhamdulilah setelah dua belas tahun setenggah kini saya sudah selesai dari memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar sekolah.
Tiada lagi uniform sekolah tiada lagi panggilan Guru Besar / Pengetua.
 Tiada lagi pendidik yang dipanggil Guru / Cikgu.
Tiada lagi suasana riuh-rendah dalam kelas. Semuanya telah berakhir.

Kini masing-masing persiapkan diri untuk mendapat keputusan STPM yang bakal muncul tidak lama lagi.
Sambil-sambil menunggu result keluar sudah pasti ada diantara kita
yang mengambil kesempatan
untuk memenuhkan tabung-tabung ayam
sebagai persediaan bagi membiayai
kos pengajian di Menara Gading kelak.

Moment-moment last kami bersama ...
 






  
semasa di lower 6
semasa di upper 6

Maaf yea kalau ada yang tercicir ...
Jauh di mata namun tetap dekat di hati...
cewahh ayat ...

Sekian sahaja untuk hari ini ea ^_^






Monday, August 5, 2013

First Time Iftar di MPK 1 with my Pink Team PERTERSMA

28 Ramadhan 1434 .

Assalamualaikum ,
Sudah berkurun lamanya Mira tak update Blog ni. Sudah bermacam-macam perkara yang berlaku ada yang happy2 ada yang sad2 gitu. Biasalahkan lumrah kehidupan kita sebagai manusia. Tiada yang pahit maka tiada lah yang manisnya. 

Okay , 

Iftar, Iftar, Iftar...
Buat julung kalinya Mira diberi kesempatan untuk merasa kemeriahan untuk berbuka di Padang MPK 1 .
Tambah pula, pergi dengan geng2 pink memang Super ! 





 

See see see .
Meriah kan. Padang tu di penuhi dengan gelombang Pink ...
Semoga tahun-tahun akan datang kita boleh berkumpul lagi .

Friday, December 28, 2012

Ayuh Kembali ke Sekolah ! ! !

Assalamualaikum . . .


apa khabar semua . . Harap semuanya sihat-sihat belaka hendaknya . Maklumlah kita dah nak say good bye kat 2012 and Welcome 2013 . 
Maka Mira pun nak ambil kesempatan ini untuk menulis entry kali ini berkaitan dengan 
AYUH KEMBALI KE SEKOLAH . . . 
Pasti ada yang diantara kalian semua yang liat untuk kembali dengan mood persekolahan . Tapi nak tak nak kena juga kuatkan semangat tingkatkan prestasi untuk lebih maju dan berjaya dalam tahun baru 2013 ! 

Haa kalau kalian nak tahu Mira pun kena back to school next week sebab tulah Mira beria-ria nak tulis entry ini . 

Esok in sha allah kami akan bertolak ke Kelantan untuk hantar my brother balik asrama dia . Tapi mujur juga sebab kebetulan dapat sekolah dekat dengan kampung . So senang kalau time balik ... balik je rumah tok . OOppss lupa
 nak bagi tahu nama sekolah dia . . . SEKOLAH MENENGAH
 SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA atau SMSTMFP . Ini lah tuan nya 

   

 Merupakan calon PMR 2013 .


Tadi baru kisah adik . Sekarang baru nak masuk kisah kakaknya pula . 
Kakak nya pula calon STPM MODULAR 2013 . Jadi tahun 2013 Mira akan berdepan dengan 2 lagi peperiksaan besar . Konklusinya tahun 2013 memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat no more cintan cintun no more cinta monyet dan sewaktu dengan nya . Just fokus untuk exam ! In sha allah moga Mira dipermudahkan untuk menempuhi dugaan sebagai seorang CALON STPM 2013 .

Ok asrama SMSTMFP dan SMK AHMAD . . . 
Kami dah bersiap sedia untuk menghuni bilik-bilik yang disediakan  . 
Banyak sungguh barang yang perlu dibawa . . . dah mcm pindah rumah gitu . . .

  
    
 

Inilah antara barang-barang kami
tiap kali masuk asrama mesti kena beli
barang-barang baru .
Biasalah lumrah penghuni asrama . 

 

Bersiap sedia ! Menempuh dugaan ! 
Calon PMR VS Calon STPM .

 





Thursday, December 13, 2012

Harimau Malaya / 1.2.34 hijrah

Assalamualaikum ...

Hari pasti rakyat Malaysia masih berada dalam emosi yang tidak stabil akibat dari keputusan perlawanan separuh akhir Bola Sepak yang sungguh menduka-citakan . Perbagai cacian dan tomahan yang telah di lemparkan kepada pasukan pihak lawan iaitu Thailand dan paling mendapat cacian tertinggi ialah


 Pengadil K-POP ...  
 

Inilah pengadil yang telah mengadili perlawanan
separuh akhir semalam .

 

manakala ini pula aksi bagaimana
pemain penting pasukan Negara
iaitu Fadhli
telah dilayangkan kad merah secara mengkhinzir buta 


Apa-apa pun pasukan negara telah bermain dengan penuh kesopanan yang harus dipuji.
Biar kita kalah bermaruah jangan kita kalah merasuah .
Harimau Malaya tetap di hati .


  

Baiklah sampai disini saja yang dapat dicoretkan .

Bersyukur kita kerana telah diberi peluang untuk bertemu dengan
1.2.34 Hijrah
semoga akan membawa kepada seribu satu kebaikan
yang dilakukan .

In Shaa Allah.