Friday, December 28, 2012

Ayuh Kembali ke Sekolah ! ! !

Assalamualaikum . . .


apa khabar semua . . Harap semuanya sihat-sihat belaka hendaknya . Maklumlah kita dah nak say good bye kat 2012 and Welcome 2013 . 
Maka Mira pun nak ambil kesempatan ini untuk menulis entry kali ini berkaitan dengan 
AYUH KEMBALI KE SEKOLAH . . . 
Pasti ada yang diantara kalian semua yang liat untuk kembali dengan mood persekolahan . Tapi nak tak nak kena juga kuatkan semangat tingkatkan prestasi untuk lebih maju dan berjaya dalam tahun baru 2013 ! 

Haa kalau kalian nak tahu Mira pun kena back to school next week sebab tulah Mira beria-ria nak tulis entry ini . 

Esok in sha allah kami akan bertolak ke Kelantan untuk hantar my brother balik asrama dia . Tapi mujur juga sebab kebetulan dapat sekolah dekat dengan kampung . So senang kalau time balik ... balik je rumah tok . OOppss lupa
 nak bagi tahu nama sekolah dia . . . SEKOLAH MENENGAH
 SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA atau SMSTMFP . Ini lah tuan nya 

   

 Merupakan calon PMR 2013 .


Tadi baru kisah adik . Sekarang baru nak masuk kisah kakaknya pula . 
Kakak nya pula calon STPM MODULAR 2013 . Jadi tahun 2013 Mira akan berdepan dengan 2 lagi peperiksaan besar . Konklusinya tahun 2013 memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat no more cintan cintun no more cinta monyet dan sewaktu dengan nya . Just fokus untuk exam ! In sha allah moga Mira dipermudahkan untuk menempuhi dugaan sebagai seorang CALON STPM 2013 .

Ok asrama SMSTMFP dan SMK AHMAD . . . 
Kami dah bersiap sedia untuk menghuni bilik-bilik yang disediakan  . 
Banyak sungguh barang yang perlu dibawa . . . dah mcm pindah rumah gitu . . .

  
    
 

Inilah antara barang-barang kami
tiap kali masuk asrama mesti kena beli
barang-barang baru .
Biasalah lumrah penghuni asrama . 

 

Bersiap sedia ! Menempuh dugaan ! 
Calon PMR VS Calon STPM .

 





Thursday, December 13, 2012

Harimau Malaya / 1.2.34 hijrah

Assalamualaikum ...

Hari pasti rakyat Malaysia masih berada dalam emosi yang tidak stabil akibat dari keputusan perlawanan separuh akhir Bola Sepak yang sungguh menduka-citakan . Perbagai cacian dan tomahan yang telah di lemparkan kepada pasukan pihak lawan iaitu Thailand dan paling mendapat cacian tertinggi ialah


 Pengadil K-POP ...  
 

Inilah pengadil yang telah mengadili perlawanan
separuh akhir semalam .

 

manakala ini pula aksi bagaimana
pemain penting pasukan Negara
iaitu Fadhli
telah dilayangkan kad merah secara mengkhinzir buta 


Apa-apa pun pasukan negara telah bermain dengan penuh kesopanan yang harus dipuji.
Biar kita kalah bermaruah jangan kita kalah merasuah .
Harimau Malaya tetap di hati .


  

Baiklah sampai disini saja yang dapat dicoretkan .

Bersyukur kita kerana telah diberi peluang untuk bertemu dengan
1.2.34 Hijrah
semoga akan membawa kepada seribu satu kebaikan
yang dilakukan .

In Shaa Allah.









Monday, December 10, 2012

Tudung oh Tudung

Assalamualaikum ...

Tudung oh Tudung merupakan tajuk untuk entry kali ini. Bukan saja-saja Mira pilih tajuk tu 3 hari 3 malam tau memikir nama tajuk yang sesuai ... Hehehe . Saja untuk berkongsi hasil kerja sendiri sepanjang mengisi masa lapang di musim cuti persekolahan ini .

Lagi pun Mira memang SssssuuuKKKkkkoooo manik-manik nih.. Itu yang Mira dengan semangat kembali memeriahkan baju-baju dan tudung-tudung .


Untuk minggu lepas Mira sudah berjaya  mengubah suai tudung lama Mira supaya menjadi lebih cantik dan nampak terKini . 

Ok jom lihat hasilnya ...


 

Inilah hasilnya ...
Waktu buat ni memang mencabar keimanan & kesabaran
sebab kain terlalu nipis & licin
jadi agak sukar untuk jahit labuci-manik

Tapi dengan idea kreatif Abah...
telah terhasilnya 1 ciptaan baru
dengan membuat penegang menggunakan
tupperweare yang dipotong bahagian bawahnya .

Jadi senanglah untuk Mira jahit labuci-manik .

Ok yang ini pula hasil ke-2 


 


Yang ini pula sebagai rujukan Mira
untuk menghasilkan corak-corak tudung




Cukuplah sampai disini dahulu dari Mira
nanti kalau ada Story yang boleh dikongsikan
In Shaa Allah
Mira akan kongikan bersama .



Friday, December 7, 2012

WelcomE bAcK

Tengok disebabkan lama sudah tak update blog sampaikan dah tak tahu nak mulakan ayat dengan apa ??
Ouhh ya before that !!!

                             Assalamualaikum semua .........

OK.. oleh kerana sudah lama tidak TERupdate blog nih... Mira nak ceritakan sedikit pengalaman Mira sepanjang menjadi budak sekolah semula. Apa orang kata Back To Basic kan.. Haaa lebih kurang macam tulah. Semasa hari pendaftaran everthing is ok .. CeyyWahh speking jap . Sehinggalah habis melakukan Program Orentasi yang berjalan dengan jayanya . Alhamdulilah . 

Pada mulanya Mira dapat Aliran Sains tau.. Tapi disebabkan takut menanggung risiko Mira berkeras untuk buat petukaran aliran. So sekarang Mira dalam kelas SEJARAH.. Memang dalam sejarah lah kan bila Mira berminat untuk Masuk kelas SEjarah . Tapi Mira bersyukur sangat sebab kawan-kawan baru Mira dalam kelas Sejarah tu semuanya menerima kehadiran Mira walaupun baru masuk kelas dah pandai buat bising.. APa boleh buat dah itu memang perangai Mira .. Hehehe .

Jom Mira kenalkan buah hati Mira sekarang ....

1 2 3   ! ! !
 INilah buah hati Mira sekarang tapi yang dulu masih sentiasa dihati Mira .
Kalau yang dulu tiada maka yang sekarang pun mestilah tiada jugakan.....



 

                                 
                                           


 






aktiviti kami sepanjang 8 Mei - 9 Nov 2012
seronok sangat dapat kenal dengan
kawan-kawan baharu
Moga mereka-mereka juga
seronok berkawan dengan Mira yang
serba dalam kekurangan ni kan... 

ouh ya korang tak sudi ke 
nak menatap gambar Mira di alam STPM ni ???
tak kesah lah Mira nak juga tunjuk...
hehehe

 

Sampai disini dulu yang Mira dapat kongsikan
setelah sekian lama menyepi dari dunia blog

--> Kepada kawan-kawan Mira :
Sorry kalau ada yang tiada dalam gambar ni yea ^_^



Friday, August 3, 2012

RamAdhAN




Assalamualaikum sahabat Mira dibl0g
terasa rindu dan sedih setelah 
sekian lama Mira tak update 
bl0g kesayangan Mira ni...



yuurkk !!! gedikss !!!! gitu ...
hahaha...
Sokay lupakan apa yang Mira dah 
melalut tu..
Pejam celik pejam celik
rupa2 nya kita dah
bertemu dengan 

15 RAMADHAN

sekejap je masa itu berlalu...
rugi sekiranya ada diantara kita
yang sengaja 

!!! PONTENG PUASA !!!


Haaa !!!! see adik Mira ni pun tahu
so korang jangan p0nteng tahu



Jadi Mira harap korang
berazam untuk



Sebab sesiapa yang tak berpuasa
Mira tak nak bagi dia

DUIT RAYA !!!!
YEyyyyy ....






So Mira harap
kita dapat menjalani ibadah
berpuasa ini dengan
penuh ke ikhlasaaaaaaaaa
hendak nya ...

Moga berjumpa lagi

...ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, May 5, 2012

nO FaCebOok AgaiN


Hari ini merupakan hari yang 
menyedihkan bagi Mira
nak tahu tak ????
Kalau korang nak 
tahu hari ini
dengan penuh usaha 
dan tekad Mira 
dah pun 
REMOVE ACOUNT FACEBOOK MIRA




OUhhh tidak !!!
sedihkan..
Tapi nak buat macam mana
tetiba jep terdetik 
di hati kecil ini
untuk remove FB

Tapikan teharu juga
rasanya sebab ramai yang
cuba untuk halang
Mira dari remove fb
terasa sangat dihargai 




so muuuccchhhh ^_^v

Biarlah Mira mengundur 
diri dulu
mungkin ramai di luar sana 
yang bosan dengan Mira
so untuk tidak mengeruhkan 
lagi keadaan
lebih baik Mira menundur diri




bubye rakan-rakan
muka buku ku..

Jadi untuk mengetahui 
perkembangan Mira
teruskan membaca blog 
kesayangan Mira 
ini yea..

Okay..
good boy...
good girl... 





Thursday, May 3, 2012

My FerReRo rOcHEr

                               

Apa khabar semua 
harap-2 sihatlah hendaknya
Tetiba je lepas makan 
FERRERO ROCHER
terdetik dihati
kecil ini untuk menulis blog
setelah sekian lama menyepi

Kalau diikutkan
banyak kenangan-2
indah bersama 
FERRERO ROCHER 
sejak dari sekolah rendah
sampailah sekarang.

Apa yang tidak dapat 
dilupakan APabila Cikgu Aisyah
selaku mentor mira waktu UPSR 
dulu..berkata
" Mira suka tak makan Ferrero Rocher ? "
" Kalau cikgu nak tahu itulah choklet kesukaan saya,tapi 
kenapa cikgu ? "

" Cuba Mira adaptasikan FERRERO ROCHER ini dengan lapisan
Bumi "


 " Ok sekarang ini lapisan Bumi kan Mira "

" Ya cikgu tapi apa kaitan dengan choklet kesukaan
saya tu ? "

" Baiklah sekarang cuba Mira lihat dengan teliti struktur
Choklet kesukaan Mira ni "


" Samakan ?? FERRERO ROCHER juga mempunyai
5 lapisan sepertimana Lapisan Bumi kita . "

" Wah...betullah cikgu..sama.. Kalau macam tu 
bolehlah saya ingat lapisan bumi dengan lebih 
mudah. Terima kasih cikgu "

Haaaa sejak dari hari tu bila Mira makan 
Ferrero Rocher 
Mira akan ingat setiap Lapisan Bumi
kita ini.

Kepada sesiapa yang 
nak share ilmu ini
dipersilakan 
^_^v
_TErima kAsih CikGu _



Tapi sambil menyelam
kita minum air nak ???
sebab Mira teringinlah nak 
dapat hadiah seperti
kawan-kawan Mira pernah 
dapat..


Cantik kan ??
Hati wanita mana yang tidak 
cemburu apabila 
lihat kawanya mendapat
hadiah yang sebegini rupa
tapi dia ...
hanya terus menanti dan menanti...

Macam cinta monyet 
dulu-dulu
kononnya nak bagi Mira 
jambangan bunga
FERRERO ROCHER...
tapi sampai sekarang 
tak dapat pun...
HAHAHAHAHA 
kelakar je bila dikenang kembali
2 3 tahun dulu


 Kepada lelaki-lelaki diluar sana
jangan lupa bagi hadiah macam gambar Ini
untuk kekasih hati 
anda..
hEHAHAEEHHaa
Just nak bagi pendapat saje..

Tapi kalau untuk Mira....
Mira nak yang simple-2 jep..
( ada hati juga nak haha
 )
 macam ini pun dah ok

 tapi kalau takut lari bajet
yang ini pun buleh lahh


 Alahai..tak kan yang ini pun tak sanggup
hummm Oklah 
cuba tengok yang ini


Kalau yang ini pun 
duk fikir 2 3 kali
lupakan jelah yea
hihihi

Baiklah Mira rasa
dah banyak sangat dah Mira
melalut so dah tiba 
masanya untuk Mira mengundur diri

Apa-apa pun ini semua hanyalah
suratan dalam kebetulan (^_^)...

Bubye...


Sunday, April 29, 2012

PaTU - sEPatu

                     
                                                                      
Sudah sekian lama mira 
tak update bl0g ni
maklumlah semenjak dua menjak nie
sibuk memanjang
nak tahu apa yang mira buat ???


Kalau nak thu
korang-2 kena habiskan 
membaca blog mira
baru korang tahu apa yang mira lakukan
sampai tak menang tangan dibuatnya

Bagi mira ianya sesuatu yang 
comey + cute + kreatif = whooo000haaa
tapi tak tahu lah apa pandangan korang an
oklah tanpa melengahkan masa

Mira akan tunjukan 
hasil kerja mira
yang tidak seberapa ini
walapun harga asal 
RM 30.++
Tapi bila dah ubah suai
harganya boleh menjadi 2 kali 
ganda ...


oOkk get ready !!!!

Mempersembahkan 
sepatu-patu hakhakhak
kelakar je nama kan...
















Inilah yang mira 
maksudkan disebabkan 
sepatu ini pink kosong
so dengan rajin nya mira
menambah manik-manik
serta labuci-labuci tu semua
cantik tak ???
Tepuk dada tanya pandangan..
heeeee =)

Rasa nya sampai disini dulu
celoteh mira untuk 
kali ini
semoga kita bertemu lagi
dilain st0ry-story
^_^v