Aduh...sakitnyer.
..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada
suaminya Zakri
"Apelah awak ni....lama sangat
nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu.
Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar
budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam da
...n menahan sakit nak
beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga.
Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang
tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang
dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor
Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan
keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air
mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri
tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran...."Come on Nisa u can do
it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa
bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good
mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran
untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got
twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada
Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak
pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat
bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad
Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat
kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat
Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa
mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam
rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti
Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh
kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik
semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja
yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang
tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak
percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal
samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh
terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma
kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa
gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa
bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa
abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak
asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik
pula" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau
tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg
syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat
ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi
kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa
senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan
pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan
sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa
hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari
Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan
baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu
pun bole jadi tau apatah lagi macam kau ni, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu
yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah
Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh....
heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada
Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis
macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak
tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada
emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata
Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun
saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri
ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat
Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya
mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga
pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat
waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana
tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar
Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat
kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada
waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan
pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap
perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi
isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat
emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan
berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan
yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu
Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam
keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke
dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak
pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.
Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi
Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya ,
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah
tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat
tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri
ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah
mula gelap,takut pula hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun
dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu
ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung
ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang
masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri.
Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala
Nisa ke dinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri
berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala
Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku
dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa
memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam.
Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan
membengkak...berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang
marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri.
"siapa pula ni sibuk je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak
dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat
wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko ni? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup Zakri ni tak ader risau langsung pasal bini
dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku
sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung
tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,
cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun
Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau
lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa
nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking"
jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalah lah Zakri,
pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan
diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk
ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya
dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak
Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada
Zakri. "Alah jom lah cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa
mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ni pernah tak Nisa jatuh
atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada
tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan
ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri
teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa
kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa
Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu
Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa mengada-ngada..saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah
buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal
yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu
pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal
membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada
darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari
kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa
minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa, Zakri kita
tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah
diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap
lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa
yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata
keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan
Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap
Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri
selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat
akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah
kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang
tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG
PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula
mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu
Bang...Bunga inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa
benar-benar menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi
pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya
betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil
Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa
AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun
Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah
banyak berubah. Perkataan
AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa
lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat ni khas
utk Abang. Bacalah
semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang
ingatkan hari ni
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan
Nisa hadiahkan
Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak
perlulah Abang bagi kerana
tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa.
Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania
dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak
tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka
adalah darah daging
Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa
tapi bukan mereka.
Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa
Nisa tak ada hubungan
dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa.
Jiwa dan raga Nisa
hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana
Abang sudi mengahwini
Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah
keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu
dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan
Nisa yang malangkerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah
daging nisa....tapi
Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari
keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada
kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar
kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa dan
ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa dan
halalkan segala makan minum Nisa selama setahun
kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah
pada emak Nisa supaya
emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan
Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar
kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti
bila memandang kembar
kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut
muka Abang...sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut
iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan
mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih
sudi menyayangi dan
mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang
dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan
semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya
tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari
ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa
jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI
YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI
TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN
MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan
merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu
setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak
otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah
sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk
melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa
begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan
neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang
bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa
mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri
perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan
menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka
diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi
pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata
bergenang ditepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat
oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan
kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang
mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa
tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan
mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan
pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah
tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH
, kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada
Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa
bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk
Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan
terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa,
Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita
balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis.
Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar
dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak
ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah...
emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah
meninggalkan pusara Nisa....